CitCat session dengan fans dan media |
Penunggang Moto3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin berjanji akan
membuat yang terbaik untuk mendapatkan tempat di atas podium dalam persaingan
kejuaraan yang hanya berbaki 8 pusingan lagi, dan salah satunya ialah Malaysian
Motorcycle Grand Prix di Sepang International Circuit (SIC) pertengahan Oktober
tahun ini.
Zulfahmi bersama ibubapa, penaja dan penganjur |
Bermula dari program GP Wildcard, satu inisiatif dari SIC,
Zulfahmi berjaya menyinar dan menunjukkan potensi yang mengagumkan. Prestasi
yang konsisten dalam kejohanan Moto3 bersama jentera baru KTM telah
menyerlahkan bakat anak Malaysia ini. Zulfahmi merupakan individu kedua yang
bertanding dalam World Championship selepas mentornya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini
pada 1996. Pada musim ini, beliau berjaya mengumpulkan 66 mata dan berada pada
ranking ke-6 dalam kategori Moto3 setakat ini.
Zulfahmi dan fans Facebook yang sangat bertuah |
“Podium adalah sasaran utama saya, dan saya mempunyai 8
pusingan lagi untuk mencapainya. Saya yakin satu hari nanti saya akan
mengibarkan Jalur Gemilang di atas podium,” jelas Zulfahmi semasa ‘Majlis Iftar
bersama Penunggang Moto3 – Zulfahmi Khairuddin’ yang berlangsung di Grand
Dorsett Subang Hotel pada 24 July lalu. Turut hadir pada majlis tersebut,
keluarga Zulfahmi, para penaja, dan peminat-peminat bertuah yang terpilih
melalui pertandingan di Facebook.
0 comments:
Post a Comment