Thursday 20 December 2012



Honda telah menyatakan produk CBR1000RR baru adalah motosikal terbaik yang mereka pernah bina. Jika kita lihat dari perspektif prestasi, ia sudah dapat dibuktikan. Tambahan teknologi gabungan brek ABS yang boleh dimiliki sebagai pilihan, kita mungkin melihat binatang yang sangat cantik menggerunkan di jalan raya.


Mesin baru didatangkan dengan peredam stereng elektronik dan klac slipper untuk cornering yang tepat dan penurunan gear  yang lancar. Manakala suntikan elektronik dwi-peringkat membuatkan enjin 999cc mendapat jumlah bahan api yang betul untuk memberikan kuasa yang diperlukan dalam pelbagai senario, tanpa mengetepikan penjimatan bahan api.

Honda CBR1000RR 2013 mempunyai instrumen LCD yang mudah untuk dibaca dan menawarkan data yang kritikal, seperti pemasa pusingan lap, catatan perjalanan dan penggunaan bahan api berkomputer, petunjuk lima peringkat peralihan gear boleh ubah, petunjuk kedudukan gear dan fungsi memori takat rpm. Harga asas bagi model ini ialah pada RM98,900.00 dan 109,900.00 dengan ABS.


Spesifikasi
Enjin                           : Liquid-cooled 4-stroke inline-4,999.8cc
Induction                   : PGM-DSFI electronic fuel injection
Ignition                      : Computer-controlled digital transistorised with electronic advance
Valve Train               : DOHC; 16-valve
Max. Kuasa               : 178ps/12,000rpm
Max.Tork                  : 11.4kgf.m/8,500rpm
Transmisi                  : 6-speed
Front Tire                 : 120/70 – ZR17M/C (W)
Rear Tire                   : 190/50 – ZR17M/C (W)







0 comments:

Post a Comment