Thursday 20 December 2012


Satu kerjasama antara Naza dan Two Brothers Racing sejak tahun lepas telah memberikan penunggang Malaysia pilihan tambahan dalam mendapatkan motosikal dalam pasaran tempatan. Dari aspek luaran dan persepsi awalan, 2 buah jentera itu pasti mampu memberikan keseronokan menunggang. Baru-baru ini dalam satu majlis yang dihoskan di Naza Bikes Shah Alam, syarikat itu telah melancarkan Naza Blade 250 dan 650 versi R dengan padanan sistem ekzos Two Brothers Racing yang boleh kita lihat daripada emblem pada slip ekzos tersebut.

Naik taraf ekzos motosikal Naza itu dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda sebanyak 5% dan secara tidak langsung telah memberi kuasa tambahan kepada prestasi. Hadir pada majlis itu ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies) untuk memperkenalkan model 2013. Naza Blade adalah antara model yang popular di Malaysia kerana ia boleh dimiliki dengan harga yang murah dan pakej prestasi yang wajar




0 comments:

Post a Comment