Siapa yang tidak mengenali Paul Jr.? Beliau
merupakan bintang rancangan realiti American Chopper dan co-founder kepada
Orange County Choppers (OCC) bersama-sama ayahnya Paul Teutul Sr. pada 1999.
Nama sebenar Paul Jr. Ialah Paul Michael “Paulie” Teutul, lahir pada 2 October
1974. Beliau merupakan ketua pereka (chief designer & fabricator) di OCC
selepas berkhidmat di Orange County Ironworks. Selain itu, beliau merupakan
pemilik kepada Paul Jr. Designs yang menjalankan perniagaan pengeluaran
motosikal custom dan aksesori.
Setelah membina nama dalam industri
fabricator dan customization, beliau mengorak langkah dengan mengetengahkan
rekaan custom kereta pula. Antara kereta pilihan Paul ialah Chevrolet Camaro
yang menjadi edisi terhad di dalam pasaran. Hanya 77 unit versi ini dibina oleh
Trans American Muscle. Camaro ini akan menampilkan penggunaan Whipple
supercharger, custom ekzos, rim 22 inci, cat hitam flat, dan banyak lagi pada
jentera 580 kuasa kuda ini. Harga? Yang kami tahu setakat ini ialah 84,000 USD,
tapi mungkin akan lebih daripada nilai itu sekiranya mencapai nilai estetika yang
lebih dari sepatutnya.
0 comments:
Post a Comment